KUALA LUMPUR: Taktik raba dan curi diguna pakai kumpulan ‘pondan’
untuk merompak mangsa mereka cukup menarik apabila mangsa lelaki sengaja
disajikan dengan tayangan filem lucah percuma terlebih dulu bagi
mengkhayalkan mangsa sebelum disamun di dalam bilik gelap.
Golongan
pencuri licik dikalangan pelacur ini semakin menjadi-jadi apabila
mereka turut meraba dan mencium mangsa bagi membuat mangsa leka tanpa
menyedari seorang lagi rakan suspek melarikan dompet atau telefon bimbit
mangsa.
Dalam kejadian jam 10.30 malam baru-baru ini , mangsa
seorang tukang masak berusia 33 tahun menjadi mangsa komplot pelacur
pondan apabila dirompak oleh kumpulan pelacur terbabit yang tampil tidak
ubah seperti artis dan model terkenal.
Mangsa yang ditemui
mendakwa pergi bersendirian ke sekitar Lorong Haji Taib, Chow Kit di
sini, untuk mencari ‘pondan’ bagi memuaskan nafsunya. Difahamkan mangsa
yang berasal dari Kepong, terpikat dengan lenggok manja dan kecantikan
seorang ‘wanita’ berpakaian seksi yang menawarkan perkhidmatan seks
dengan harga RM40 untuk sekali perkhidmatan.
Mangsa yang hanya
mahu dikenali sebagai Ping, 33, berkata, dia dibawa ‘wanita’ terbabit ke
tingkat atas sebuah bangunan berhampiran sebelum diajak masuk ke dalam
bilik.
“Ketika itu masuk seorang lagi rakan pelacur berkenaan
sebelum kedua-dua pelacur berbual beberapa ketika sebelum seorang
beredar dari bilik berkenaan.
“Ketika itu tinggal saya berdua
dengan pelacur yang mendakwa warga Indonesia berkenaan yang mengajak
saya berbual-bual sambil bertanya asal usul saya,” katanya.
Menurutnya,
‘gadis’ yang dilanggani itu meminta dia berbaring santai di atas katil
sebelum dia memilih cakera padat digital (DVD) lucah untuk ditayangkan
secara percuma dengan alasan sebagai pemanas badan.
“Gadis
terbabit mengarahkan supaya seluarnya dibuka sebelum saya akur dengan
arahan berkenaan. Seluar itu diletakkan gadis terbabit di atas kerusi
tidak jauh,” katanya.
Dia yang enggan menceritakan perkara
selanjutnya mendakwa mencapai semula seluarnya itu selepas mendengar
bunyi bising seolah-olah berlaku pergaduhan di luar bilik berkenaan.
“Saya
segera mencapai seluar saya sebelum terkejut sejurus mendapati telefon
bimbit saya jenis Sony Ericcson hilang dari dalam poket seluar
berkenaan.
“Malah, saya lebih terkejut apabila dompet saya dalam
poket seluar boleh berpindah ke atas peti televisyen berhampiran. Selain
itu wang RM400 di dalamnya turut lesap,” katanya.
Menurutnya,
dia bertanya kepada ‘gadis’ terbabit di mana wang dan telefon bimbitnya
itu, namun suspek enggan mengaku mencuri barang berharga mangsa dengan
memberi pelbagai alasan tidak munasabah.
“Bagaimanapun, selepas
diugut dan didesak berulang kali, gadis terbabit akhirnya bersetuju
mencari dan memulangkan barang berharga milik saya itu yang didakwa
dicuri rakannya.
“Dia meminta saya supaya duduk menunggu seketika
di dalam bilik berkenaan sebelum gadis itu keluar untuk mencari
rakannya,” katanya.
Dia yang menunggu hampir dua jam percaya
menjadi mangsa taktik licik kumpulan pelacur pondan berkenaan kemudian
membuat laporan di balai polis berhampiran. (Sumber MyMetro)
Komen Blog Ibnu Hasyim:
Nak bunuh nyamuk, musnahkan sarang pembiakan nyamuk. Nak halang
jenayah, kejahatan dan maksiat, musnahkan sarang maksiat. Mengapa masih
sayangkan tempat pelacuran, pondan dan segala macam maksiat? Mengaku
negara Islam konon..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan